Thursday 16 March 2017

Petua Mujarab Cara Hilangkan Batuk Berkahak & Gatal Tekak Hanya Dengan Bawang Putih Bawang putih mempunyai banyak khasiat kesihatan badan kita, antaranya apabila batuk berpanjangan pastinya menganggu ketenteraman & pergerakan semasa. Batuk yang keterlaluan akan menyebabkan kegatalan dan luka pada tekak menjadikan kita tidak selesa sama ada ingin makan & juga tidur. Orang sebelah nak tidur pun tak selesa bila mengalami batuk yang kerap kerana ia akan mengeluarkan bising.

Petua Hilangkan Batuk Berkahak Dan Gatal Tekak Dengan Bawang Putih

Kadangkala pada mulanya hanya batuk biasa, berkahak, gatal tekak dan akhirnya boleh juga batuk kering yang akan membahayakan kesihatan kita terutamanya dari segi pernafasan. Batuk kering kekdadang sampai berdarah,ini amat kritikal dan amat bahaya.

Berbagai cara serta petua hilangkan batuk dan sakit tekak. Namun, cara menghilangkan batuk paling mujarab adalah petua orang-orang tua dahulu dengan menggunakan bawang putih yang dibakar api. Petua yang diajar oleh orang tua ini sangat mudah dilakukan serta bahannya juga amat mudah didapati di rumah.

Cara-cara Hilangkan Batuk Berkahak Dan Gatal Tekak Dengan Bawang Putih:

1. Satu labu atau dua labu bawang putih bersama kulitnya

2. Bakar bawang putih tersebut di atas kuali atau di atas api perlahan bersama kulitnya selama 20 hingga ke 30 minit. Pastikan jangan sampai rentung dan hangit.

3. Makan bawang putih yang dibakar tadi 4 atau 5 ulas. Gigit dan telan begitu saja. Bawang putih yang dibakar sangat sedap dan lembut.

Pastinya selepas dimakan bawang berkenaan batuk anda tentunya akan berkurangan. Insha Allah, batuk akan berhenti dengan serta merta. Dikatakan lendiran kahak juga akan berkurangan dan kering setelah anda memakannya.

SILAKAN SHARE!!

Sumber: Ustazah Wan Habsah



Jika Info ini bermanfaat bagi anda, mohon klik button SHARE !!! terima kasih.

×

Post a Comment: