Friday 17 March 2017

Eee Ngeri ! Ulat Keluar Dari Muka Bukan Ulat Resdung, Tetapi Ulat Dari Badan Lipas ! Cara rawatan yang paling popular bagi resdung adalah dengan menggunakan lipas,lipas dahulunya viral di media sosial altenatif rawat resdung di muka. Sapukan lipas itu pada seluruh muka dan akan ada ulat.resdung yang keluar. Tapi sebenarnya kita sudah tertipu.


Sebenarnya ulat resdung yang dikatakan keluar dari muka ketika rawatan bukan lah ulat.resdung tetapi ulatyang keluar daripada lipas itu sendiri !



Lipas merupakan salah 1 serangga yang membawa pelbagai jenis parasit seperti virus, bakteria & kulat (fungi). Kajian telah pun dilakukan di Afrika yang melibatkan 6000 ekor lipas. Pemeriksaan pada semua organ serta sistem pencernaan lipas mendapati terdapat banyaknya parasit seperti cacing Trichuris trichiura, Taenia spp. dan Ascaris lumbricoides serta banyak lagi parasit lain.
Tak kisah lah sapu kat mana pun lipas tu tetap akan mengeluarkan cacing tersebut.

Fakta penting : Resdung adalah sejenis alahan yang sama seperti eczema dan asma yang dikenali sebagai Allergic Rhinitis.

Jadi, cara popular rawatan resdung yang guna sebarang jenis lipas tu bukan keluarkan ulatresdungdan belum tentu sembuhkan resdung. Malahan ia buat kita lagi terdedah kepada jangkitan parasit yang dibawa lipas. Seeloknya jumpa sahaja doktor yang pakar.

Oleh: Aimi Nordin Sumber: KKM & Roof Of Science  | sinar.fm


Jika Info ini bermanfaat bagi anda, mohon klik button SHARE !!! terima kasih.

×

Post a Comment: